BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Saturday, February 19, 2011

merokok




haii..assalam. hehhehh..tetiba rasa nak bercerita la lak. ilham ni timbul sebab terfikir sal perangai kurang siuman incik gelap saya. bad habbit ! suka sangat merokok ! i dun like it lorhh..! dah banyak kali dah tanya incik gelap tu.. bila nak berenti merokok ? bila? bila ? dan bila ? ? jawapannya stereotaip ! ehh..orang dah kurang taw merokok sekarang ni. yela sayang kurang. kurang sebab fulus pon kurang ! huuhhh..! alasan. okeh disebabkab incik gelap saya degil. so cerita kali ni di tujukan khas untuk dia. wa nak gertak lu sikit sayang !


okehh ramai orang tahu kan yang merokok ni banyak keburukan dari kebaikan. manemane tanye je sume akan jawab boleh dapat banyak penyakit. penyakit ape ? jawapan pemez mesti kancer. oii..banyak la penyakit yang disebabkan merokok. bukak sikit mate kepale tu. jangan cume tahu jawab kancer. okehh meh aku nak senarai kan penyakit yang siyez disebabkan rokok durjana ni.

BARAH
- paru-paru
-rongga mulut
-esofagus
-pankreas
-pundi kencing
-buah pinggang

PENYAKIT SALURAN PERNAFASAN KRONIK
- bronkitis kronik
-emfisima
-asma bronkial
-bronkiektasis

PENYAKIT LAIN
-Tekanan darah tinggi
-serangan sakit jantung
-angin ahmar
-batuk kering
-Hepatitis B
-radang paru-paru
-Ulser peptik dan gastritis
-Penyakit kulit seperti ekszema
-Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina
-Penyakit tulang

KESAN LAIN
-Rambut cepat beruban
-Kulit cepat berkedut
-Luka lambat sembuh
-Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki
-Kesuburan berkurangan

KESAN KEPADA WANITA DAN KANAK-KANAK
-Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok
-Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual
-Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid


kalau sayangkan orang kat sekeliling berenti la merokok yerr. dari segi islam pon merokok ni tak boleh kan. para ulama' dulu cakap merokok ni makhruh sahaja sebab dorang cuma lihat pada kesan fizikal mase tu. kesan fizikal ni contohnya bau nafas yang busuk , gigi jadi kuning , bibir jadi kehitaman dan sebagainya. tapi bila masa berlalu para ulama' dapat mengkaji bahan untuk membuat rokok. mereka mendapati banyak bahan pembunuh yang antaranya adalah racun. so para ulama' pon mengeluarkan fatwa merokok itu adalah haram. dah name pon haram maknanya berdosa lah kan kalo melakukannya. tapi yang aku konpiusnya..dah tahu haram kenpa kerajaan tak menguatkuasakan benda tu. sesapa yang merokok akan dipenjara seumo idop ! wahh gilerr gi tu..hehehehe kalo fikir logik pon banyak betul dari salah. ye la kan merokok dah la bagi penyakit dah tu buang duet. mane la tak jadi haramnya kan.





okehh kita story plak pasal kanakkanak kan. rokok ni boleh menjejaskan kanakkanak taw tak ! tak kesian ke kat budak yang tak tahu pape. duduk sebelah kite yang merokok ni siasia je dapat penyakit. kesian budak tu. ape la nasib kan. kalo nak tahu orang yang menghidu asap rokok risikonya untuk mendapat penyakit kronik lebih tinggi dari orang yang menyedut asap rokok. paham tak ? tak paham ? okehh cam ni.. orang yang tak isap rokok tapi selalu hidu bau asap rokok orang yang merokok mudah dapat penyakit kronik berbanding orang yang isap rokok. tengok para perokok sekalian ! anda dah menyusahkan orang laen..! tak ada perasaan bersalah ke ?


story plak pasal lelaki vs rokok. heyy awak ! tahu tak mati pucuk tu ape ? ramai antara kite kalo sebut pasal mati pucuk mesti gelakgelak senyumsenyum. tahu tak mati pucuk tu berbahaya ? plizz la jangan angap benda ni maenmaen. yezz agak sensitif kalo nak cakap pasal mati pucuk ni. tapi kalo dah merokok dan menjadi perokok tegar terpaksalah awak-awak yang berkenaan tu kena amek tahu. merokok boleh menyebabkan mati pucuk taw. macam mana ? macam ni.. dalam rokok tu ada sejenis bahan yang dipanggil nikotin. nikotin ni akan menyebabkan kita merasa ketagih. bila dah ketagih kita akan amek rokok sekerap yang mungkin. bila kerap darab kerap jadi lah kerap kuasa dua kan. nikotin dalam badan pon jadi kuasa dua jugak la. bila dah jadi nikotin kuasa dua dalam badan kita saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. lepas tu kemampuan untuk menghasilkan ereksi berkurangan seterusnya melemahkan nafsu seks. ini la yang mengakibatkan mati pucuk.





kat malaysia ni 50% dari orang lelaki adalah perokok. termasuk lah incik gelap saya ! sudah lah nisbah lelaki di dunia ni 3:1. maksudnya 3perempuan untuk sorang lelaki. kalo lelaki terus merokok dengan bongkaknya habis pupus la kaum lelaki. antara ramai-ramai lelaki yang merokok tu hanya setengah dari mereka sahaja yang akan menjangkau umur 70 tahun. yang laen tu kirim salam la. tak sempat pon nk tengok anakanak membesar. tak rase rugi ke nanti bile tua tak sempat nak tengok cucu cicit lahir. tak kesian ke kat anak cucu tak sempat nak berkenalan dengan ayah dan atok dorang. sedih kot. bile tanye nape ayah/atok meninggal ? jawapannya kanser kronik disebabkan merokok. euu...sayu nye. tak rase ke menyusahkan anak bini nak jage bile dah sakit teruk hanya nak menunggu ajal. tak rase bersalah ke buat orang tersayang menangis macam orang gile bile doktor bagi tahu kite ni dapat hidup cume 3 bulan sahaje lagi. kalo aku sungguh aku cakap tak sanggup nak hadapi suma tu. cukup la sekali aku merasa benda tu.





tapi dalam bersedih ada lagi kebaikan merokok. jangan la fikir keburukan je. antara kebaikan merokok ialah ::


1) rambut tidak akan beruban atau keguguran
-sebab mereka tak kan dapat tengok rambut mereka beruban atau keguguran kerana ajal mereka akan datang terlebih dahulu sebelum rambut mereka sempat beruban atau gugur.

2) keselamatan diri terjamin
-sebab mereka akan mengalami batukbatuk pada waktu malam sampai pencuri dan perompak yang nak menyamun rumah mereka takut untuk merompak kerana menyangka tuan rumah belum tidur sebab terdengar bunyi orang batuk.

3) dilindungi dari binatang buas
- sebab otot – otot mereka akan semakin lemah, badan kehilangan tenaga, dan sampai pada satu tahap terpaksa jalan bertongkat. so kalo binatang buas datang mereka akan guna tongkat tu untuk menghalau binatang buas. selamat !


ahhaa..agak lucu la kan. tapi ada betulnya jugak. ada nada memerli disitu yaa.. okehh kepada yang tersentuh berhentilah merokok walaupon sesukar mana pon. bagi yang tak da perasaan tu teruskan lah merokok dengan perokok-perokok yang lain. tapi jangan sesekali mendekati orang-orang yang tidak merokok sebab asap rokok awak tu dua kali ganda bahaya dari rokok awak tu taw tak ! lagi pon awak dalamdiam dah menzalimi orang dengan tidak sengaja dengan menyebarkan penyakit kepada orang yang tak berslah.


jin hidup dengan memakan asap. so awakawak yang mengeluarkan asap adalah para sahabat jin. adios amigos (:

0 comments: